Tuesday 19 April 2011

Dah setahun rupenya

Pejam celik, pejam celik dah setahun rupenya aku kat office baru nih.. rasa baru semalam je bertukar..rasa baru semalam jer melalak-lalak menangis bagai nak rak sebab nak berpisah dengan kawan-kawan office lama.

dan sekarang sedikit demi sedikit diri hampir kebal menerima kenyataan bahawa bekerja di sini...walaupun kadang-kadang di hati tuh memang ada laa terdetik, best lagi kat office lama, ramai geng-geng sekepala..tapi kena terima hakikat gak, takkan laaa nk patah balik keje kat office lama, ehh tak der maknanye kann.....

so hakikat nye belajarlaa menerima kenyataan..bekerja kat mana-mana pun janji duit yang kita terima setiap bulan tuh adalah dari rezeki yang halal.

nak celebrate ngan geng-geng yang sama-sama lapor diri sekali tuh, almaklum laaa gaji lambat lagi, so kita postpone hingga gaji nih, dan dah ada orang janji nak masak-masak untuk kami hoyehh...





0 comments:

Psstt..klik sket

Template by:

Free Blog Templates